Wednesday, September 26, 2012

breaking the ice..

assalamualaikum w.b.t...

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani..

setelah sekian lama tidak membuka halaman 'blog' ini, hari ini, hari Rabu 26 September 2012 terdetik di hati saya untuk membuka kembali halaman ini..

blog ini 'dilahirkan' pada 7 Januari 2008. kebetulan pada masa itu adalah hari pertama permulaan kelas Kemahiran Komputer oleh En Wazaruddin bin Wahab. Dan pada hari itulah kelas kami diberi tugas untuk membina blog seorang satu.

'Blog'???? perkataan pertama muncul diminda dan terus terlupa seketika arahan yang diberi En Waza sebentar tadi. Penerangan demi penerangan yang diberi En Waza, maka tahulah diri apa itu 'blog'.
'apa yang aku nak letak dalam blog ni?' persoalan seterusnya yang berlegar difikiran. pelbagai idea muncul di samping daya imaginasi kanak-kanak yang terbayang difikiran. Namun sampai kehari ini blog masih kosong.

'nasib baik En Waza tak minta link nak tengok blog'..

ramai rakan-rakanku yang tidak menyiapkan blog ini dengan alasan yang sama. En Waza seorang yang 'cool' . beliau tidak memarahi kami tetapi telah memberikan tugas untuk menyalin semua nota Kemahiran Komputer. kami sekelas terpaksa melakukan tugasan tersebut termasuk rakan-rakan yang berjaya menyiapkan blog ini. kami menerima tugasan ini dengan redha.

pada tahun 2010 ada tahun terakhir aku di sekolah. Alhamdulillah, keputusan SPM yang diterima agak baik.



selepas SPM aku menerima surat dari Jabatan Latihan Khidmat Negara

ada juga rakan-rakanku yang menerima 'jemputan' dari JLKN. pelbagai reaksi dilihat. setelah 3 bulan di kem Lagenda Seri Negeri pelbagai ilmu dan pengalaman diperoleh disamping kenalan yang terdiri dari pelbagai kaum. sesungguhnya kem PLKN adalah salah satu kenangan manisku walaupun pada sesetengah individu adalah kenangan pahit bagi mereka. setelah orang mempunyai perspektif tersendiri.



setelah beberapa bulan bercuti selepas kem PLKN, satu sampul surat berwarna sampai di tangan ku. tertera di depan surat tersebut logo dan nama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Alhamdulillah, aku diterima masuk ke unversiti tersebut. pada 1 Jun 2011, aku menjejaki kaki di Universiti tersebut untuk mengikut pengajian Diploma Kejuruteraan Awam selama 2 tahun setengah.

kehidupan sebagai remaja di zaman milenia ini banyak cabarannya. dengan sokongan ibu bapa dan ahli keluarga serta rakan-rakan, InsyaAllah zaman remajaku ini akan dilalui dengan tabah.

Syukur..




No comments:

Post a Comment