Sunday, September 30, 2012

Bahaya Radiasi Telefon Bimbit.

Telefon bimbit merupakan alat telekomunikasi yang memainkan peranan dalam kehidupan masyarakat zaman kini. Hari demi hari telefon bimbit mangalami inovasi sehingga terciptanya 'smartphone'. Inovasi yang canggih pada sama yang mengancam kehidupan manusia tanpa kita sedari.

Kehidupan kita sentiasa di kelilingi oleh pelbagai gelombang. WiFi, 3G, Bluetooth, InfraRed, sinar X merupakan contoh-contoh gelombang yang ada pada hari ini. Kehidupan seharian kita sentiasa dikelilingi oleh gelombang E.M.F (electromagnetic force). Ia turut dialami oleh 2 billion orang di seluruh dunia(di Malaysia 26 juta) yang menggunakan telefon bimbit.
   

kesan-kesan bahaya daripada penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap.

Pernahkah anda merasa panas, mengalami sakit kepala, atau kebas? Sebenarnya, anda mengalami kesan buruk radiasi tersebut. Dalam 1 kajian yang dibuat ke atas remaja berumur di bawah 16 tahun ,oleh saintis di Eropah mereka melaporkan kehilangan memori jangka masa pendek(50 minit) selepas penggunaan telefon bimbit.

Kewujudan teknologi wayarles memburukan lagi keadaan terutamanya kepada rumah hijau. Sinaran telefon bimbit boleh mengakibatkan kerosakan genetik. Malah, penggunaan secara sederhana teknologi komunikasi mudah alih ini masih boleh meningkatkan risiko tumor otak secara mendadak. Antara kesan lain ialah:

- Merosakkan sel-sel darah.
sinaran radiasi telefon bimbit merosakkan sel-sel darah seterusnya meningkatkan tekanan seseorang.

- Merosakkan DNA manusia
Gelombang radio dari telefon bimbit merosakkan DNA dan mengancam sel-sel badan manusia.

- Mempengaruhi kualiti sperma.
Telefon bimbit yang diletakkan di dalam poket.

- Merosakkan daya ingatan.
1 kajian di buat ke atas tikus dan tikus tersebut mengalami kehilangan ingatan janka masa pendek.

- Barah Otak dan Tumor Otak


Kewujudan gelombang yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar ini secara tidak langsung 'menghadiahkan' penyakit kepada masyarakat dunia. Pada zaman milenia ini, amat mustahil untuk kita lari dari gelombang-gelombang ini. Namun, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan kesan radiasi tersebut. Antaranya:

- Mengehadkan masa berbual
 Bercakap mengenai perkara-perkara yang penting sahaja

-Menjauhkan dari kanak-kanak
 Meletakkan telefon jauh dari capaian kanak-kanak dan elakkan mereka bermain terlalu kerap dengannya.

-Elakkan menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar.
 Simpan telefon di dalam beg.

- Tunggu beberapa saat setelah membuat panggilan.
 Tunggu beberapa saat setelah menekan punat memanggil sementara panggilan anda disambung kepada pembekal. Ia dapat mengurangkan kesan radiasi.

-Penunjuk kekuatan isyarat.
Semakin lemah kekuatan isyarat, semakin banyak sinaran radiasi yang dikeluarkan oleh telefon bimbit. Elakkan dari membuat sebarang panggilan kecuali waktu kecemasan.

-Mengunakan telefon bimbit yang mempunyai kadar SAR(Spesific Absorption Rate) yang rendah.
 Setiap telefon bimbit mempunya kadar SAR yang berlainan. SAR merupakan penunjuk kadar penerimaan gelombang radio. Semakin rendah SAR, semakin bagus telefon tersebut. Maklumat mengenai SAR sesebuah telefon terdapat pada buku manual telefon tersebut.









Saturday, September 29, 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alhamdulillah, hari diberi lagi nikmat oleh Allah untuk menjalani hidup sebagai hambanya...
Perkongsian saya pada hari ialah mengenai wajah. Wajah memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang individu. Ia dapat memberikan keyakinan dan semangat kepada seseorang. Disini terdapat beberapa petua(cara Islam) untuk membuatkan wajah anda berseri. InsyaAllah.



Petua 1:
- Amalkan membaca 'Ya Qawiyyu' (maksudnya yang Maha Kuat) selepas memberi salam kedua dalam solat.

Petua 2:
- Jangan cuci muka (dengan Cleanser) pada waktu pagi kerana amalan ini akan menghilangkan seri wajah.
Cuci muka sebelum tidur.

Petua 3:
- Gunakan 3 jari tengah untuk menggosok muka sewaktu mencuci muka atau menempek moisturizer.

Petua 4:
- Berselawat 3 kali dan tiup(perlahan) atas bedak muka setiap kali sebelum berbedak dan membaca doa,
  'Ya Allah serikanlah wajahku agar yang memandang berasa senang denganku.'

Petua 5:
- Membaca doa ketika melihat cermin..


InsyaAllah dengan mengamalkan petua-petua diatas, wajah kita akan berseri dan manis dipandang orang lain.


Friday, September 28, 2012

Assalamualaikum dan salam Jumaat.

Perkongsian pada pagi ini.
Doa semasa mengambil peperiksaan. Semoga dengan membaca doa ini, ia akan memberi kemudahan
semasa kita memjawab peperiksaan disamping usaha yang disemai sebelum mengambil peperiksaan. InsyaAllah, ia akan membuahkan hasil yang baik.




Amin...

Thursday, September 27, 2012

Muatturun Adam Hawa.



Sinopsis cerita:
 Adam dan Hawa mengisahkan Ain Hawani seorang remaja lepasan SPM, bekerja di sebuah tadika milik kakak Adam Muhkriz kerana menggantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara saja, kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi. Semasa Ain bekerja di tadika tersebut, Ain telah bertemu dengan Adam dan ada juga perasaan menyukai Adam. Adam pula seorang juruterbang syarikat MAS, seorang yang kacak dan berperangai ala 'playboy' sikit. Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya, Ain telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga walaupun Ain tidak rela. Timbullah perasaan benci Ain terhadap Adam kerana sikap Adam yang mendiamkan diri seolah benar mereka berkhalwat sedangkan mereka rupanya difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan Adam dan Ain Hawani.
Mereka berkahwin juga, tetapi tidak seperti suami isteri yang lain, Ain masih membenci Adam dan tidak boleh menerima Adam sebagai suami. Ain Hawani kemudian melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan dia dan Adam berpisah selama 8 tahun. Adam masih menganggap Ain sebagai isterinya yang sah namun tidak bagi Ain. Akhirnya mereka telah bertemu kembali di depan pintu Masjidilharam di mekah. Adam mengharapkan Ain kembali kepadanya tetapi Ain masih lagi ego tidak mau terima Adam.


Episode 1:
Mediafire: 
http://www.mediafire.com/?by3glyd8e6g42wv

Episode 2:
Mediafire: http://www.mediafire.com/?3lp37ns1ep6d4il

Episode 3:
Mediafire: http://www.mediafire.com/?79uqhm8eg6764x5

Episode 4:
Hulkshare: 
http://www.hulkshare.com/4k72mbjgjyt5

Episode 5:
Mediafire: http://www.mediafire.com/?ihqnzdgb4jduy22

Episode 6:
Hulkshare: http://www.hulkshare.com/ov5t4jj8am4e

Episode 7:
Hulkshare: http://www.hulkshare.com/ov5t4jj8am4e

Episode 8:
Mediafire:  http://www.mediafire.com/?bgb81e5mv43s6h8

Episode 9:
Mediafire: http://www.mediafire.com/?7odiq3d155qo17e

Episode 10:
Mediafire: http://www.mediafire.com/?qmlyp75nz6utlfq

Episode 11:
Mediafire: http://www.mediafire.com/?yzf52c348nqsyxp

Episode 12:
Mediafire: http://www.mediafire.com/?b4ahovo3mujmmqn

Episode 13:
Mediafire: http://www.mediafire.com/?ipiv67z5aooj5o4

Wednesday, September 26, 2012

assalamualaikum..

minggu ini merupakan minggu belajar or 'study week' bagi pelajar-pelajar Diploma di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Secara rasminya minggu hadapan akan bermula 'Final Exam' bagi pelajar Diploma. Tapi bagi pelajar Civil, exam Mekanik Bahan bermula awal iaitu pada semalam 25 September 2012. Alhamdulillah, dapat juga menjawab ujian tersebut dengan tenang dan lancar.




perkongsian kepada rakan-rakan...

Ketahui waktu solat melalui di --> Waktu Solat


lepas makan dekat cafe Kolej Kediaman Tun Dr Ismail (TDI) sebentar tadi, layan dlu lagu ni..

breaking the ice..

assalamualaikum w.b.t...

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani..

setelah sekian lama tidak membuka halaman 'blog' ini, hari ini, hari Rabu 26 September 2012 terdetik di hati saya untuk membuka kembali halaman ini..

blog ini 'dilahirkan' pada 7 Januari 2008. kebetulan pada masa itu adalah hari pertama permulaan kelas Kemahiran Komputer oleh En Wazaruddin bin Wahab. Dan pada hari itulah kelas kami diberi tugas untuk membina blog seorang satu.

'Blog'???? perkataan pertama muncul diminda dan terus terlupa seketika arahan yang diberi En Waza sebentar tadi. Penerangan demi penerangan yang diberi En Waza, maka tahulah diri apa itu 'blog'.
'apa yang aku nak letak dalam blog ni?' persoalan seterusnya yang berlegar difikiran. pelbagai idea muncul di samping daya imaginasi kanak-kanak yang terbayang difikiran. Namun sampai kehari ini blog masih kosong.

'nasib baik En Waza tak minta link nak tengok blog'..

ramai rakan-rakanku yang tidak menyiapkan blog ini dengan alasan yang sama. En Waza seorang yang 'cool' . beliau tidak memarahi kami tetapi telah memberikan tugas untuk menyalin semua nota Kemahiran Komputer. kami sekelas terpaksa melakukan tugasan tersebut termasuk rakan-rakan yang berjaya menyiapkan blog ini. kami menerima tugasan ini dengan redha.

pada tahun 2010 ada tahun terakhir aku di sekolah. Alhamdulillah, keputusan SPM yang diterima agak baik.



selepas SPM aku menerima surat dari Jabatan Latihan Khidmat Negara

ada juga rakan-rakanku yang menerima 'jemputan' dari JLKN. pelbagai reaksi dilihat. setelah 3 bulan di kem Lagenda Seri Negeri pelbagai ilmu dan pengalaman diperoleh disamping kenalan yang terdiri dari pelbagai kaum. sesungguhnya kem PLKN adalah salah satu kenangan manisku walaupun pada sesetengah individu adalah kenangan pahit bagi mereka. setelah orang mempunyai perspektif tersendiri.



setelah beberapa bulan bercuti selepas kem PLKN, satu sampul surat berwarna sampai di tangan ku. tertera di depan surat tersebut logo dan nama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Alhamdulillah, aku diterima masuk ke unversiti tersebut. pada 1 Jun 2011, aku menjejaki kaki di Universiti tersebut untuk mengikut pengajian Diploma Kejuruteraan Awam selama 2 tahun setengah.

kehidupan sebagai remaja di zaman milenia ini banyak cabarannya. dengan sokongan ibu bapa dan ahli keluarga serta rakan-rakan, InsyaAllah zaman remajaku ini akan dilalui dengan tabah.

Syukur..